"Apakah jenis kain yang anda boleh cetak?"





·         “Kain jenis apa yang boleh dicetak? nak pilih yang mana ye?”
·         
        Kalau pergi ke jakel confirm rambang mata untuk pilih. Kebanyakan pereka fesyen dan juga customer kami akan menghantar kain mereka sendiri untuk dicetak. Ini kerana mereka juga ingin memilih kualiti kain tersebut serta kain yang dibawa biasanya sangat terhad. Mereka juga lebih berminat untuk menghantar kain mereka sendiri kepada kami kerana grade dan kualiti kain mereka itu lebih bermutu dan berkualti. bag kepuasan dalam pemilihan kain dengan cara membeli kain sendiri.

·         Untuk maklumat pihak pelanggan, kami membuat percetakan kain untuk jenis kain synthetic material dan mixed polyester material based sahaja. Antara jenis kain yang biasanya dihantar oleh customer untuk print textile adalah:

1.       Kain Chiffon
ü  Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.
ü  Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.


2.       Kain Satin
ü  Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, tudung, jubah, blouse, kemeja, 
      lingerie dan baju pengantin.



3.       Kain Rayon
ü  Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.


      




4.       Kain Crepe
ü  Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.



















5.      



Kain Georgette
ü  Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.



 


0 comments:

Post a Comment