.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "SURFACE PATTERN DESIGN" ?
Surface Pattern Designer adalah
salah satu kerjaya dimana mereka mencari idea serta melakar gambaran idea untuk
corak fabric mereka dengan menggunakan warna, corak, dan struktur fabric yang
sesuai. Kerja ini melibatkan proses yang banyak antaranya, melukis, melakar,
menjahit, menenun, pembuatan kertas, percetakan dan sebagainya. Kebanyakan
pelanggan mengambil servis mereka untuk mereka corak atau design untuk fabric
yang mereka mahukan.
·
Melakar corak atau design di
atas barangan atau bahan seperti wallpaper, fabric, stationary, and etc.
·
Melakar dan menggambarkan corak
menggunakan :
·
Adobe Photoshop
·
Sketchbook
·
Tablet
·
Pensel and pen hitam yang
sesuai
Proses Design Fabrik
1. Terdapat
beberapa cara untuk melakar corak fabrik:-
- Melukis
dengan tangan
- Melakar
mengguna design software seperti photoshop atau lain-lain software.
- Menarik
keluar cetakan dari musim sebelumnya.
- Mewarna
kembali corak yang lama.
- Memilih
warna yang sesuai menggunakan platlet warna.
2. Reka
bentuk digital ini adalah lebih cepat untuk digubah. Selepas siap design,
cetakan sampel pertama atas fabrik akan dibuat.
3. Sampel
pertama akan disemak dan jika lulus boleh diteruskan ke process pembuatan. Jika
sampel masih tidak memuaskan, langkah sebelumnya perlu diulang sehingga
mendapat cetakan yang diingini.